Sunday, June 21, 2009

Perjalanan Baru Hidup Ini...

Dah lama betul tak menulis. Ana bukan pandai sgt nak menulis, tapi teringin jugak berkongsi smthg yg berlaku dlm hidup ana.

Sejak kebelakangan ni, terutamanya ketika cuti sem 2 bulan, terlalu bnyk benda yg berlaku dlm kamus hidup ana. Smthg yg dpt mengubah byk perkara dalam hidup ana. Adakalanya, bagus utk diri ini utk merasa kepayahan yang sengaja diberikan. Jadi apabila ditimpa kepayahan yang sebenar, tidak rasa terbeban sgt.

Kesenangan hidup ni, kadang-kadang menyebabkan kita alpa dan tidak/kurang bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Bila diri sudah jauh dari Allah, macam-macam perkara yang berlaku yang menyebabkan kita merasa hidup ini menjadi sukar.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Walaupun hambaNya telah melakukan pelbagai dosa, Dia masih beri peluang untuk kita bertaubat dan pulang ke pangkal jalan, dengan melalui jalan yang lurus. Jalan yang lurus ini merupakan jalan yang diredhai Allah s.w.t. Satu-satunya cara untuk melalui jalan yang lurus ini adalah dengan melaksanakan ISLAM yang sebenar, Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. melalui wahyu yang diterima dari Allah s.w.t. Oleh itu, kita seharusnya mengetahui bagaimana perjalanan Rasul kita yang terakhir, Rasulullah s.a.w yg diutuskan kepada sekalian umat ketika Baginda membawa ISLAM.

Tidakkah kita merasa malu kepada diri sendiri, apabila kita mengaku Islam, tetapi kita malu untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Disebabkan perasaan malu yang tidak bertempat itulah yang menyebabkan kita umat Islam mundur. Oleh itu wahai sahabat sekalian, sedarlah, kita ini sebenarnya umat yang maju suatu ketika dahulu, tetapi kini kita ditindas dan dimomokkan bahawa merekalah yang maju. Hayati lah lirik lagu di bawah ini, supaya kita insaf.

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Setelah kejatuhan Khilafah Bani Umaiyyah pada tahun 3 Mac 1924, sekaligus sistem khalifah* ini dihapuskan. Maka digantikan dengan pelbagai jenis sistem ciptaan manusia; sistem capitalism, socialism, nationalism, hedonism, dan pelbagai jenis lagi ideologi buatan manusia.
* Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari'at Islam dan mengembang dakwah ke segenap penjuru dunia.

Teringat ana pada soalan salah seorang classmate utk subjek elektif luar fakulti, Apakah perbezaan antara sistem khalifah dan sistem demokrasi?. Tetapi soalan itu tidak terjawab, kerana masa tidak mengizinkan persoalan itu diperbahaskan. Kadang-kadang terasa sedih apabila keadaan begitu berlaku. Umat Islam kini begitu lemah dan mudah termakan dgn momokan yang diberikan daripada pihak kafir.

Umat Islam kini sepatutnya bangkit dari lena yang panjang, sebenarnya perjalanan hidup kita di dunia ini sgt pendek. Oleh itu, kita seharusnya mempersiapkan diri kita untuk menghadapi perjalanan yang panjang, iaitu di negeri Akhirat yang kekal kelak.


InsyaAllah, ana akan menjelaskan lagi dengan lebih detail tentang ideologi2 buatan manusia dan juga sistem khalifah Islam.

Jom sign petition against this Fake Quran

http://www.petition online.com/ q45yr679/ petition. html

Wednesday, June 17, 2009

Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Al-Quran baru buatan Amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di Kuwait, berjudul 'The True Furqan' isinya bertentangan sekali.

Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'.

Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Sekarang khabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa Inggeris di sana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Al-fatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.

Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.


Jadi tolong sampaikan kepada semua saudara muslim kita tentang pemberitaan ini. Semoga Allah melindungi kita semua dari orang-orang Kafir yang jahat, yg mendustakan Agama Allah SWT.


LOOK here!!!
http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html

Monday, May 11, 2009

Habbatus Sauda'

Perubatan secara semulajadi bijian hitam Habbatus Sauda'

Kajian Sains dan analisis bijian hitam Habbatus Sauda' telah membuktikan bahawa bijian ini mengandungi fosfat, zat besi, dan kompaun karbohidrat, yang bercampur bersama antibiotik yang dapat membunuh kuman-kuman.

Penyelidikan kimia membuktikan bijian ini mempunyai carotene, yang bertukar kepada Vitamin A di dalam hati dan vitamin ini terkenal dengan anti-barah.

Analisis membuktikan bijian ini juga mengandungi hormon-hormon seksual kuat, stimulan, enzim penghadaman, antacid, ubat pelali dan kompaun lain yang berguna. Baru-baru ini juga ditemui bahawa Habbatus Sauda' mengaktivasikan sistem immuniti badan dan menambah pencegahan daripada penyakit. Penggunaan berterusan juga membolehkan pencegahan daripada pelbagai penyakit.

Mereka yang inginkan kesihatan berkekalan haruslah mengambil Habbatus Sauda' pada masa sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' dicampur dengan madu adalah amat berkesan.

Pelbagai jenis cara rawatan menggunakan minyak Habbatus Sauda' telah dicipta untuk mengubati penyakit. Antaranya:

1. Selesema
Campurkan satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' ke dalam air menggelegak dan sedut wapnya 2 kali sehari (pagi dan petang). Ulangi sehingga sembuh dari selesema sepenuhnya.

2. Penyakit Athma/Lelah
Sapukan minyak Habbatus Sauda' pada dada setiap hari, lebih-lebih lagi pada masa sebelum tidur dan apabila lelah bertambah teruk.

3. Batuk dan jangkitan dalam dada
Campurkan 3-4 titik minyak Habbatus Sauda' ke dalam secawan kopi atau teh.

4. Batuk kering
Satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' dicampurkan ke dalam secawan kopi dan diminum 2 kali sehari. Sapukan minyak pada dada dan belakang.

5. Batuk dan lelah
Sapukan minyak pada dada dan belakang. Campurkan satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' ke dalam air menggelegak dan sedut wap 2 kali sehari. Ambil setengah sudu kecil minyak Habbatus Sauda' setiap pagi.

6. Pening kepala
Sapukan bahagian yang sakit dengan minyak Habbatus Sauda' dan urut secara perlahan. Ambil satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda'.

7. Pening-pening dan sakit telinga
Sapukan minyak Habbatus Sauda' pada dahi, bahagian tepi muka berdekatan dengan telinga, dan belakang telinga. Ambil setengah sudu kecil minyak Habbatus Sauda' dan titikkan satu titik minyak ke dalam telinga.

8. Keguguran rambut
Sapukan limau pada seluruh kulit kepala, biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air dan syampu dan keringkan sepenuhnya. Selepas itu, sapukan minyak Habbatus Sauda' kepada seluruh kulit kepala dan ulangi selama seminggu.

9. Kebotakan
Setelah mencukur bahagian yang berkenaan, sapukan dengan krim istimewa minyak Habbatus Sauda' dan biarkan dari pagi sampai petang. Kemudian sapukan dengan minyak Habbatus Sauda'. Ulangi selama seminggu.

10. Memperbayakkan susu ibu
Campurkan 250 gram Habbatus Sauda' dan 250 gram madu asli dan kacau sepenuhnya. Ambil 2 sudu kecil formula ini bercampur dgn satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' setiap hari.

11. Kelemahan seksual
Ambl satu sudu campuran istimewa minyak Habbatus Sauda' selepas setiap waktu makan.

12. Sakit gigi, tonsil, dan sakit kerongkong
Sapukan kerongkong dari dalam. Campurkan setengah sudu kecil minyak Habbatus Sauda' dengan air suam dan kumur. Sapukan minyak Habbatus Sauda' pada gigi yang sakit dan ia akan mengurangkan sakit dengan cepat. Dan ambil satu sudu minyak Habbatus Sauda' dengan air suam ketika perut kosong.

13. Sakit belakang dan sakit sengal-sengal
Panaskan sedikit minyak Habbatus Sauda' dan sapukan pada bahagian berkenaan. Urut sepertimana mengurut tulang dan bukannya kulit. Dan ambil satu sudu minyak Habbatus Sauda' yang dipanaskan dengan sedikit madu.

14. Sakit jantung dan jerutan urat darah (vein constriction)
Ambil setengah sudu minyak Habbatus Sauda' bercampur dengan minuman panas pada pagi hari, ini akan mencairkan lemak dan memperluaskan urat darah dan arteri.

15. Diorrhea
Campurkan satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' dengan satu cawan tairu. Minum campuran ini dua kali sehari sehingga sembuh.

16. Kencing manis
Campurkan satu cawan bijian Habbatus Sauda', satu cawan selada air (water cress) -selada air bolehdiganti dengan biji sawi-, setengah cawan kupasan buah delima dan setengah cawan fumitori. Kisarkan campuran menjadi serbuk. Ambil setengah sudu kecil campuran ini dengan satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' setiap pagi sebelum sarapan pagi selama sebulan.

17. Sakit mata dan penglihatan yang kurang
Sapukan kelopak mata dan tepi orbit mata dengan minyak Habbatus Sauda' setengah jam sebelum masuk tidur. Satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' harus diambil dengan satu cawan perahan lobak merah.

18. Muntah-muntah
Ambil setengah sudu kecil perahan halia segar dicampur dengan setengah sudu mintak Habbatus Sauda' dua kali sehari.

19. Hypertension
Ambil setengah sudu kecil minyak Habbatus Sauda' dengan minuman panas pada bila-bila masa. Ambil 2 ulas bawang putih ketika perut kosong. Sapukan minyak Habbatus Sauda' pada seluruh badan dan dedahkan pada matahari sekali setiap 3 hari. Ulangi selama sebulan.

20. Kemalasan dan kelembapan
Satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' bercampur dengan jus oren pada masa sarapan pagi membuatkan anda cergas sepanjang hari. Satu sudu kecil minyak Habbatus Sauda' bercampur dengan minuman panas selepas makan malam membantu anda tidur tenang sepanjang malam.

21. Memperbaiki memori dan aktiviti akal
Campurkan 7 titik minyak Habbatus Sauda' dengan minuman pudina dimaniskan dengan madu. Minum panas-panas.

22. Lumpuhan muka dan penyakit terkancing mulut
Menyedut wap campuran minyak Habbatus Sauda' dan air panas dapat membantu mencegah lumpuhan muka dan kancing mulut. InsyaAllah.

23. Batu karang dan batu dalam buah pinggang
Sediakan campuran 250 gram serbuk bijian Habbatus Sauda' dan 250 gram madu asli. Campurkan sebetulnya. Ambil 2 sudu kecil campuran ini dan campurkan ke dalam setengah cawan air panas. Campurkan satu sudu minyak Habbatus Sauda'. Ambil campuran ini setiap pagi sebelum makan apa-apa.

24. Cystic fibrosis
Sapukan dada dengan minyak Habbatus Sauda' dan ambil satu sudu kecil campuran minyak Habbatus Sauda' bersama satu sudu kecil madu asli setiap pagi, tengahari, dan petang.

25. Asid berlebihan di dalam perut
Campurkan beberapa titik minyak Habbatus Sauda' dengan satu cawan susu suam dan tambahkan sedikit madu.

Sunday, May 10, 2009

MIHAS 2009

Assalamualaikum semua,


Hari ini ana pergi ke MIHAS yang diadakan di MATRADE Exhibition and Convention Center. Pergi pukul 12 tgh hari tadi dgn free shuttle bus yang disediakan dan naik di KLCC. 1st time sampai di MATRADE. Pergi sorang2 pulak tu tadi.

Banyak sgt booth, sampai tak larat kaki nak berjalan ke semua booth yg ada. Banyak jugak makanan yang dibeli. Kerepek, air coklat yang dicampur dgn pisang (tak tau apa rasa nya), cendawan, tepung goreng, biskut2 dan habbatus saudah.

Ada jugak pertandingan masak tadi, tp sbbkan ramai org, hanya mampu ambil gambar dan lihat skrin tv yg disediakan aje. Tak tgg sampai diorang siap masak pun. Tp mcm best je pertandingan masak tue.





Tengah jalan2 tu tiba2 ada org panggil. Rupanya kawan satu sekolah dulu. Pas dah rasa2 makanan yg dia promote then beli kerepek kat situ, nak beredar dah. Tiba2 dia tny dgn kuat nya "Asma' bila nak kawin?" Agak terkejut jugak sbnrnya, tp hny mampu ckp InsyaAllah. Al-maklumlah, kawan2 satu batch masa kat skolah majoritinya dah kawin.

Hmm..bila cakap pasal kawin ni, sbnr nya tersentuh juga hati ni. Tapi walau apapun, ana tetap percaya bahawa jodoh ana akan sampai jua. Bila dan siapa, hanya Allah yang tahu.

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An-Nur:26)

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)
Hatiku sentiasa terpujuk dgn firman Allah di atas. Oleh itu, kuserahkan urusan jodohku ini kepada Allah. Apa yang perlu ku lakukan kini ialah menjadi wanita yang solehah (sblm dapat lelaki yang soleh).

Selain itu, banyak juga org yang kukenali hari ini. Akhi Muhammad Zaiemuddin Hj Osman, pernah ambil postgraduate di UM. Sekarang dia bekerja sebagai pengurus Mahabbah Gemilang. Sempat juga ku sembang dgnnya. Mengenai hal di UM.

Selain Akhi M.Zaiemuddin, ada juga pakcik yg duduk di seat sebelah dalam bas masa nak balik dari MATRADE. Kagum betul dgn dia. Walaupun umurnya dah cecah 70++ (anggaran ku shj, sbb dia ada cerita keadaan masa WWII), tp speaking dia bagus betul. Malu kat diri sendiri pulak. Tergagap jugak la nak jawab soklan2 die. 1st thing yang menyebabkan dia tegur sbb ana mengambil gambar beg yang ada batch Only For Allah yang ku perolehi dari satu prog di Shah Alam (x ingat nama prog 2). Then apa lagi, dia critic mcm2 perkara ttg Malaysia ni. Kadang-kala ku mengiakan dan kadang-kala ku mengangguk shj. Semangat betul dia cakap, macam org muda. Pakcik ni, India Muslim yang datang dari India, tp dah lama menetap di Malaysia ni. So, byk benda yang dia tak setuju dgn pemerintahan masa kini di Malaysia.

(Gambar begku)

Ada juga kata-kata dia yg membuatku terkedu "How halal is the halal food here?" Sebenarnya, ada juga terdetik dlm fikiran ku ketika mula2 naik bas utk pergi ke sana. Sbb ku lihat ada pasangan cina yg naik bas skali. Pada pandanganku, Halal exhibition ni utk makanan Muslim aje. Sesampai saja ku di sana, byk juga gerai cina, musykil juga dibuatnya. Seperti kata pakcik tu, cina2 nie pandai ambil peluang. He said: "It just packaging to cover it, but we don't know the exactly ingredient on it". Sbb exhibition ni international, so dia masuk ambil bahagian juga. Kalau Cina2 muslim tu tak juga la.

Kagum betul dgn dia. Tp disebabkan perjalanan pulang ke KL sentral tak lama, so tak sempat borak banyak lagi. Lagipun cepat betul pakcik tu turun. Bas belum benti lagi dia dah siap2 nak turun. Mungkin dia ada kejar urusan lain pulak. Sempat juga ku katakan nice to meet u diakhir perjumpaan kami yg sebentar itu.


* Alhamdulillah, tergerak jua hatiku untuk pergi ke MATRADE ni. Pagi tadi hampir2 ku nak batalkan niat utk pergi ke sana, tp bila ku fikirkan, mungkin ada kebaikan yg akan kuperolehi, ku kuatkan juga semangat utk pergi. Daripada terperap seharian di dalam bilik, elok juga ambil angin luar.

Dan ternyata, Allah beri kepadaku nikmat yg sgt byk hari. Keyakinan utk berdepan dgn org ramai kian pulih, deria rasa ku kian pulih, fizikal ku juga semakin sembuh, apatah lagi emosi ku. Selama beberapa tahun ini, semua nikmat itu telah ditarik oleh Allah, atas sbb dosa2 yg telah kulakukan. Ku rasa sgt2 bersyukur atas nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya ini.

"Ya Allah, Kau tambahkanlah hidayahMu buat hambaMu ini. Janganlah Kau tarik kembali hidayah yg telah Kau berikan kepadaku. Ya Allah, aku bermohon di bawah naunganMu, agar Kau tetapkanlah iman ku hanya kepadaMu. Ku serahkan diri ini sepenuhnya untuk mengabdikan diri kepadaMu."

Kisah tentang perasaan binatang

Assalamualaikum dan slamat pagi semua...

Pagi ni nak kongsi satu cerita. Ni article yang diperolehi daripada kawan sekolah...


From: Faris Francis Metin

Here the swallow's the other half (wife) is injured and the condition is fatal. She was hit by a car as she swooped low across the road.



He brought hef food and attended to her with love and compassion.


He brought her food again but was shocked to find her dead. He tried to move her...a rarely-seen effort folr swallows!



Aware that his sweetheart is dead and will never be with him again, sadness filled his eyes and sorrow felt in his spirit.


He stood beside her as his heart weeps for his only love.


Finally aware that she would never return to him. He stood beside her body with untold pain and despair.
Millions of people cried after watching this picture in America and Europe and even in India. It is said that the photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France. All copies of that newspaper were sold out on the day these pictues were published.

And many people think animals don't have a brain or feelings?


From these story, I can conclude that:
  • Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah juga mempunyai perasaan.
  • Perasaan belas kasihan itu ada juga pada binatang. Tetapi di mana perasaan belas kasihan manusia? Mengapa manusia sanggup melakukan keganasan dan kekejaman terhadap manusia yang lain.
  • Allah Maha Kuasa, menciptakan makhluknya dgn pelbagai cara dan ragam. Setiap kejadian ini menunjukkan bahawa hanya Allah yang boleh mencipta sesuatu yang tidak dapat dicipta oleh manusia. -Kononnya, manusia mampu mencipta manusia yang lain dgn kaedah pengklonan, tetapi tidak berjaya. Manusia klon itu tidak mempunyai perasaan.-
  • Sangat halus dan telitinya penciptaan Allah ini. MasyaAllah.

Teringat pula kisah yang dilihat dgn mata sendiri. Pada pertengahan tahun 2008 di Kediaman Kolej Pertama (ASTAR), pada waktu cuti semester. Senario ini dilihat disebalik tabir di surau.
Ada satu kurungan yang diletakkan di belakang blok E, bersebelahan dgn surau muslimat. Kurungan ini dibuat kerana terlalu banyak monyet2 yang berkeliaran di kawasan kolej. Di dalam kurungan itu ada seokor monyet yang terpenjara di dalamnya.

Maka ku terlihatlah ada seekor monyot yang lain, yang berada di luar kurungan datang menghantar makanan (roti) untuk sahabatnya yang berada dlm kurungan itu. Akan tetapi, monyet dalam kurungan itu menolak makanan pemberian sahabatnya. Dan dia duduk di depan pintu kurungan itu meminta simpati dari sahabatnya supaya dibebaskan (seperti banduan yang tidak bersalah merayu untuk dilepaskan). Alangkah sedihnya sahabatnya yg berada di luar kurungan itu, kerana dia tidak mampu untuk membebaskan sahabatnya yang berada di dalam kurungan.

Manakala sahabat2 seperjuangannya pula hanya berani untuk berdiri di atas tembok2 gimnasium itu. Seekor demi seekor datang menziarahi sahabatnya yang terkurung. Mereka datang dalam keadaan yang sangat berhati-hati, lihat ke kiri kanan, dan sekeliling, supaya mereka juga tidak terperangkap. Dan mereka berkomunikasi untuk suatu tempoh yang tidak panjang. Mereka memberi kata-kata semangat supaya sahabat mereka itu bersabar.

Apabila mereka sudah menziarahi sahabatnya, mereka ingin meninggalkan kawasan itu, kerana bimbang bahaya yang datang menimpa mereka. Alangkah sedihnya perasaan sahabat yang terkurung itu. Ia merayu supaya dibebaskan. Tetapi, apakan daya mereka. Mereka tidak mampu berbuat demikian. Maka tinggallah sahabat yg terkurung itu keseorangan, bersedih dan berduka kerana memikirkan nasibnya yang malang itu.
Begitulah cerita yang diadaptasikan oleh penulis dari sebuah kisah benar yang dilihatnya.


Moral of the story:
  • Binatang juga mempunyai perasaan.
  • Janganlah kita berlaku zalim kepada makhluk Allah yang lain, walaupun ianya kepada binatang.
  • Perasaan binatang juga sama seperti manusia, malah kadang-kadang terlihat perasaan mereka lebih mulia berbanding dgn manusia yang dianugerahkan akal tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik yang mungkin.
  • Kita hanya mampu melihat kekejaman yang berlaku, tapi tidak mampu untuk menghalangnya mahupun menentangnya. Oleh itu, kita hanya mampu berdoa kepada Allah supaya mereka perbuatan mereka dibalas dgn pembalasan yang setimpal dgn perbuatan mereka.

Kadangkala, ku terfikir juga. Adakah salah monyet2 itu bila mereka datang menyerang kolej2 kediaman. Bukankah kita yg menghapuskan tempat kediaman mereka iaitu di hutan-hutan?

Atas nama pembangunan, manusia tidak pernah memikirkan perasaan makhluk Allah yang lain, dirobohkan sesuka hati kerana perasaan tamak menguasai diri mereka. Hanya satu alasan yang sering mereka berikan, PEMBANGUNAN. Ada apa dgn pembangunan? Adakah itu yang akan Allah nilai. Oh, tidak sekali. Allah hanya menilai manusia dgn sifat ketaqwaan yang ada pada diri individu itu. Seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad:36)




(Ni pula gambar yang sempat diambil ketika dalam perjalanan untuk menuju ke PPUM bertarikh 10 April 2009 pada pukul 3.37 pm)

Dah lama sungguh ku tidak lalui kawasan ini, sejak keluar dari KK1. Alangkah sedihnya bila hutan dan juga kawasan penempatan ini sudah tiada.

Sewaktu awal kemasukan ku ke UM ini, Kampung Awal ini menjadi salah satu destinasi kami (bersama dgn roommate2 ku, Aliza aka Kakchik dan Aziyah) untuk berjalan-jalan 'mengeksplore' kawasan-kawasan di UM ini. Kami melalui setiap lorong yang ada di dalam Kampung Awal ini.

Kebanyakan rumah-rumah di situ telah lama ditinggalkan. Dan ada cerita yang sampai di telingaku bahawa di situ adalah kawasan penempatan pihak keselamatan UM. Ku tidak tahu kesahihannya kerana rumah2 di situ sgtlah usang dan tiada org yang menetap di situ. Kini setahuku, pihak keselamatan UM tinggal di apartment Inderaloka.

Yang menjadi tumpuanku ialah hilang lagi satu kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal binatang2 ini. Tidak mustahil suatu masa nanti, binatang2 ini menginap bersama-sama dgn kita. Dia pun nak hidup jugak, kasihanilah mereka!!!

Short Sem!!!

Cuti ni kena buat short sem/sem khas. Sangat tak best...

Subjek yang secara tiba2 nak dimansuhkan, jadi nak tak nak kena ambil juga iaitu subjek critical thinking...

Apa boleh buat, nanti tak boleh nak grade kalau tak ambil subjek critical thinking ni....

Tp bagus jugak subjek nie, boleh la jadi creative thinking sikit, dah lama sgt jadi pak turut dalam pelajaran ini. 1st time in my life (in 2nd sem session 2008/2009), anything yang lecturer ajar suka bahas balik sorang2. Kenapa lah ilmu barat ini yang diagung-agungkan. Lagi pun ilmu-ilmu ini jarang skali dikaitkan dengan kebesaan Allah. So, terpaksalah kaitkan sendiri. Rasa lebih seronok kalau baca buku-buku lain seperti sirah nabi, buku mengenai ilmu kehidupan, ilmu ketuhanan dan lain2 buku yg boleh menginsafkan diri ini supaya tidak lalai lagi.

Tp bila difikir-fikirkan balik, jika kita yang faham Islam ni tak menguasai ilmu bidang masing2, maka akan berleluasalah org2 kafir dgn ilmu yang dikatakan bahawa ia milik mereka. Kononnya, mereka lah yang menemui ilmu2 itu. Ditambah pula dengan doktrin 'tuhan materialistik', menyebabkan org2 Islam yang kurang pengetahuan ttg agama Islam terjebak ke dunia mereka yg menyembah 'tuhan materialistik' itu.

Selama 5 sem awal berada di UM ni, doktrin itu jugak la yang menguasai mindaku. Dan doktrin2 itu lah yg telah ku resapi dalam jiwa junior2 ku. Alangkah berdosanya daku ini. InsyaAllah, azam dan tekadku untuk sesi akan datang ini, akan ku ubah cara penyampaian ku kepada junior2 baru. MY FRESHIE, I'M WAITING FOR U!!!

Akan tetapi tidak jua ku lupai angan-angan ku atau lebih tepat cita-cita ku (dream can be achieve if we go for it!). Satu masa yang telah ku target untuk mempunyai syarikat consultant yang mengamalkan sistem2 akaun yang berlandaskan sistem ekonomi Islam, yang memberi peluang pekerjaan kepada orang2 Islam, di samping menerapkan nilai2 murni dalam diri setiap pekerja2ku. Selain itu juga, undang2 yang akan ku pakai ialah undang2 Islam, dan segala syariat Islam mesti dilaksanakan dalam syarikatku itu. Terutama etika pemakaian. Sgt sakit hati dgn etika pemakaian, yang kebanyakannya telah diamalkan juga oleh org2 Melayu yang mengaku dirinya Islam. Pakai blaus with the blazer. Huh, not that...i don't like it.

Bila mana ku lihat dunia pekerjaan dalam bidang ku ini, tidak banyak company yang mempunyai ciri2 yang kuidamkan. Jika pun ku lihat adalah company MELAYU yg menjadikan barat sebagai kiblat mereka walaupun bukan semuanya. Kenapa undang2 barat yang dipakai guna. Huh! sgt menyakitkan hati. Sebenarnya bukan tidak boleh kita yang mencipta suasana, tetapi tidak ramai yang berani ambil risiko untuk mencipta suasana baru itu. Azam ku ini, dgn izin Allah akan ku usaha ke arah itu. Pengalaman hidupku ini telah banyak mengajar diriku tentang erti sebuah kehidupan.

InsyaAllah, akan ku contohi ibu bapa ku, dalam bidang perniagaan ini. Kerana mereka mencipta peluang pekerjaan kepada orang ramai, dgn melakukan business yang ketika penubuhannya (tahun 1992) tiada org melakukannya. My mum mulakan business secara kecil-kecilan dgn menjual tudung bulat yang tidak jarang. Sehingga kini, syarikat ini bertambah maju, kerana teknik business yg dilakukan. Selain itu amal ibadah lain tidak juga dilupai. Pergantungan diri sepenuhnya kepada Allah adalah kunci utama kepada mak untuk berjaya. Berusaha itu penting, tp tawakkal itu juga sama penting. Selepas kita sudah berusaha, kita berserah pada Allah unutk menentukan baik buruknya amalan kita.

Dan ingatlah bahawa Allah lah yang memberi rezeki kepada hamba2Nya. So, mengapa kita mesti merasa bahawa kerja kita itu yang memberi rezeki kepada kita. Janganlah kita menyembah 'tuhan materialistik' mereka itu. Niatlah bahawa kerja itu (tetapi kerja2 yang tidak melanggar syariat yang telah Allah tetapkan) merupakan satu sumber pendapatan yang membolehkan kita menguruskan hal-hal kehidupan kita di muka bumi ini, tanpa melupakan sedikit pun hak-hak orang lain terhadap harta kita itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)." (Al-Baqarah:212)

Saturday, May 9, 2009

Siksaan Allah terhadap Ariel Sharon

(Gambar ini menunjukkan bahawa tubuh Sharon membusuk sedangkan ia masih hidup.)

Subhanallah!!!

Lihatlah sahabat-sahabatku sekalian!!! Inilah pembalasan Allah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman. Di dunia lagi Allah telah tunjukkan balasannya. Minta2 kita dijauhkan dari azab yang pedih.

Inilah pembalasan dari Allah di atas segala kekejaman yang telah dilakukan kepada orang-orang Islam. Maka kita harus beringat2 bahawa kita ini adalah hanya HAMBA kepada pemiliknya iaitu Allah s.w.t. Setiap benda yang kita miliki adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu, kita seharusnya menjaga dengan baik barang pinjaman ini, supaya bila dipulangkan kepada pemiliknya ia berada dalam keadaan yang elok.

Oleh itu janganlah kita melakukan kezaliman kepada orang lain.

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Areil Sharon (bekas PM Israel) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh yang lain.
Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah s.w.t dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan di sekujur tubuh. Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad s.a.w. yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya dia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak dapat menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata.
Dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Labanon. Dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya. Akhirnya Allah s.w.t. memperlihatkan kepada kita keadaan taghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah s.w.t yang agung, iaitu membusuknya jasad sedang dia masih hidup.
Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedang dia masih hidup. Benarlah firman Allah s.w.t:

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar." (Fussilat:53)

Written by:
Ummu Raihanah

Dipetik dari:
Majalah Qiblati, vol. 01/no. 09/Mei-June 2006
terbitan Jeddah, KSA.

* Tambahan: Berdasarkan berita terbaru, sampai saat ini Sharon masih koma (tidak sedarkan diri) dalam ruang ICU.


MasyaAllah,
Begitu ngeri untuk menatap mayat hidup ini. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua untuk tidak melakukan kezaliman.


Lihat juga Biaya Rawatan Ariel Sharon Membebani Israel


Inilah gambar-gambar Ariel Sharon sebelum dia diazab oleh Allah di dunia ini, sebelum dia menerima azab yang kekal di akhirat sana:


In office
7 March 2001 – 14 April 2006


(President Bush and Prime Minister Sharon meet in the White House on 14 April 2004)


(Palestinian President Mahmoud Abbas, United States President George W. Bush, and Ariel Sharon after reading statement to the press during the closing moments of the Red Sea Summit in Aqaba, Jordan, 4 June 2003)

Shopping!!!

Ucapan Bismillah ana sebagai pembuka bicara,

Wah, dah lama betul tak keluar shopping (window shopping aje). Pening kepala betul...

Dari pemerhatian ku selama 3 jam keluar ke pertama kompleks dan sogo:
  • Manusia berbondong-bondong untuk membeli barang bila ada sale (sale di sogo sehingga 17 Mei)
  • Macam-macam ragam dan gelagat manusia
  • Pelbagai lapisan masyarakat ada (tua, muda, remaja dan juga kanak2)
  • Pelbagai barangan yg dibeli
  • Pelbagai design product yang dijual
(Gambar di atas gambar yang diambil di Sogo pada pukul 4.30 petang, 9 Mei 2009)


Dan ini pula gelagat sahabat2 ku ketika bershopping ~~~~



Tetapi entah mengapa hati ku tidak gembira ketika berada di Sogo tadi. Banyak perkara yang kufikirkan.

1. Kenapa ramai manusia tertarik jika ada tawaran jualan murah? Tidakkah mereka tertarik dengan tawaran daripada Allah seperti dalam surah As-Saff ayat 10 dan 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

Ada juga segolongan manusia yang keluar membeli barang-barang keperluan. Ku tidak nafikan semua itu. Tetapi ku rasa begitu sedih melihat masyarakat yang suka menghabiskan masa di tempat-tempat begini. Bukan sekadar menghabiskan masa, tetapi juga menghabiskan wang mereka sewenang-wenangnya.

* Tadi ada juga sempat ambil gmbr seorang nenek yang terduduk kepenatan bersama seorang cucunya, tetapi gmbar tu tak jadi, so tak dapat nak attach skali.

Aku juga begitu suatu masa dahulu, shopping complex menjadi destinasiku kalau dilanda perasaan bosan. Tetapi kini, ku tidak sempat untuk merasa bosan kerana pelbagai aktiviti yang ingin ku lakukan untuk menebuskan kembali zaman silamku yang terlalu hubbud dunia (cintakan dunia). Ku juga tidak rela untuk menghabiskan duit untuk perkara yang sia-sia (barang2 yang bukan keperluan). Lebih baik duit itu ku infakkan kepada orang yang lebih memerlukan.

2. Kenapa mereka seronok untuk menghabiskan masa di shopping complex? Terutama kepada golongan muda mudi. Keluar bersama pasangan (couple2) sehingga sanggup meghabiskan masa berjam-jam lamanya.

Ada satu pasangan yang sempat ku lihat ketika ku dalam perjalanan pulang ke UM, mereka masih sibuk shopping. Tidakkah mereka sedar bahawa masa itu sgt penting untuk dihabiskan begitu sahaja. Seperti firman Allah dalam surah Al-'Asr yang bermaksud:

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. "

Dulu, aku juga suka menghabiskan masa begitu sahaja. Kini, ku rasakan setiap saat ku perlu melakukan sesuatu yang dapat menyumbang untuk Islam. Perkara yang penting sekali yang perlu ku lakukan ialah dengan menyediakan diri dgn ilmu dan juga pengetahuan mengenai Islam, dan segala yang berkaitan dengannya.

* Perkara yang paling ku tidak tahan tadi, bila lalu di sebelah orang yang merokok. Rasa macam nak pengsan. Ku hidup dalam keluarga yang bebas rokok, jadi ku tidak tahan walaupun hanya menghidu asap rokok. Benci sgt dgn org yng merokok, bukan sahaja mereka menghabiskan duit begitu sahaja, malah membahayakan kesihatan diri sendiri dan juga orang lain. Lebih baik duit membeli rokok mereka guna untuk membeli barang2 keperluan yang lain. Kadang2 ku pelik juga, ada setengah org hidup susah, tp masih mampu utk merokok. Lepas tu mengadu hidup cukup2 makan aje. Pandai-pandai fikir sendiri la...

3. Mengapa mereka tidak menjaga batas-batas pergaulan dan juga aurat mereka? Walaupun ada juga segelintir org yang menjaga aurat mereka.

Bila ku lihat barangan2 yang dijual terutama pakaian wanita, pakaian2 yang dijual itu tidak menutup aurat. Ku sedih sgt, kerana yang membelinya org2 Islam. Mereka tidak menitik beratkan tentang pakaian yang menutup aurat. Lagi sedih bila tidak ramai orang yang menjual pakaian yang cukup syarat2 menutup aurat.

Syarat-syarat menutup aurat ialah:
  • Tidak ketat
  • Tidak nipis/jarang
  • Tidak menampakkan susuk tubuh badan
  • Tidak singkat
Walaupun ada juga butik-butik yang menjual pakaian muslimah, tetapi ada juga yang tidak cukup syarat. Yang paling tidak ku suka ialah walaupun mereka menjual jubah, tetapi jubah itu cuttingnya mengikut tubuh badan. Mengikut trend la kononnya. Sebenarnya susah benar nak cari baju yang betul2 cukup syarat. Oleh itu, aku sgt2 bersyukur kerana Allah memberi ilham dan kekuatan kepada my parents untuk melibatkan diri dalam perniagaan pakaian ini. Kerana kesedaran yang tinggi itu lah yang mendorong mereka design/mereka baju2 atau tudung2 yang memenuhi syarat menutup aurat.

Seperti firman Allah dalam surang Al-'Araf ayat 26 yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."


* Lihatlah blog my family business HRA Enterprise. Hanya tudung2 yang tidak jarang dan besar dapat dimasukkan ke dalam blog. Baju dan product2 lain boleh di dapati di kedai yang terletak di Taman Melewar.

Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang ingin ku luahkan. Ujian yang Allah berikan kepada ku selama beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan ku suka berfikir. Dan sebenarnya, banyak benda yang boleh dikongsi bersama. Seboleh-bolehnya ku tidak mahu orang lain melalui jalan-jalan yang kuhadapi sebelum ini, ia terlalu perit kerana berada jauh dari hidayah Allah. Tp ku tidak dapat menolak bahawa Allah telah menyediakan ujian2 yang berlainan kepada hamba2Nya. Dan yang penting kita perlu mengambil iktibar dari kisah orang2 yang terdahulu dari pelbagai zaman (dari Adam diciptakan sehingga kini) untuk dijadikan panduan hidup kita ini.

Wallahu 'alam....

Friday, May 8, 2009

Berenang

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan nyawa kepada ana untuk meneruskan hidup di muka bumi ini.

Setelah sekian lama ana teringin untuk melaksanakan aktiviti riadah dengan berenang, akhirnya tercapai juga. Teringat kepada pesanan Rasulullah, yang menggalakkan umatnya untuk melakukan tiga jenis sukan iaitu memanah, berenang dan menunggang kuda.

Dengan melakukan aktiviti riadah seperti ini, kekuatan fizikal kita akan bertambah. Dengan kekuatan fizikal yang kita perolehi, maka banyak aktiviti lain yang dapat dilakukan.

Tiada alasan yang perlu diberikan jika kita ingin melaksanakan sunnahnya. Jalan-jalan yang perlu dilalui sentiasa terhidang di depan mata, hanya tinggal untuk kita memilihnya. Jika kita memberi alasan bahawa sukar untuk melaksanakan aktiviti riadah ini (berenang), selamanya kita tidak berpeluang untuk merasa betapa nikmatnya aktiviti riadah ini.

Jika kita berada di kawasan yang berhampiran dengan pantai, mudahlah unutk melakukan aktiviti berenang. Tetapi, jika kita berada di tengah-tengah bandar, kolam renang merupakan tempat yang sesuai. Hanya perlu mencari kolam renang tertutup yang meyediakan masa khas untuk muslimah. Kini, pakaian berenang muslimah sudah meluas di pasaran. Mudah untuk kita lakukan aktiviti ini.


* Sangat teruja bila dah sekali masuk dalam kolam renang. Bolehlah ana teruskan aktiviti ini.